Pilihan raya kecil di Kuala Besut - Pengerusi SPR

June 26, 2013
 http://3.bp.blogspot.com/-e48dwgW6_Zg/UcpW0su46fI/AAAAAAAAlKE/-OXKfA2QBTg/s1600/dr-a-rahman.png

KOTA KINABALU 26 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR tiada pilihan lain selain mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari bermula esok.

"Sama ada dalam bukan puasa atau semasa hari raya (diadakan pilihan raya) kita akan bincang," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini malam ini.

Yang turut hadir Pengarah SPR negeri, Datuk Idrus Ismail.

Comments