Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai
Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah
Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga
Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora
Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang
Amin Ya Rabbal Alamin.
Sumber
Alhamdulillah semalam saya bersama dengan kawan-kawan menghadiri majlis kesyukuran menyambur menantu bagi pasangan sahabat baik kami iaitu Azuan Mohamed dengan pasanganya Nor Salwana Zaini.
Kami janji untuk sama-sama berkumpul di Masjid Besar Pasir Mas. Sorang demi sorang sampai hingga lah yang terakhir Poji datang dengan kawan.
Semua sampai, kami terus bergerak. Tambah pulak perut tengah lapar. Benda baik, tak elok dilewat-lewatkan hehehe..
Sampai sana terus ngap apa yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Sembang-sembang and then naik rumah terus ambik gambar bersama pengantin.
Layan la gambar-gambar yang saya ambik dari album Facebook Ira

yang ni bergambar beramai: ambik berkat ni kecuali peli. maaf li demo masuk kelab mat we doh hehehe..
kawan-kawan perempuan turut bersama pengantin: dari kanan: mely, ira, isteri peli, pasangan pengantin, nije dan daini.
peluk bukan sebarang peluk. mat we peluk peli ada makna.
ambik gambar sambil kacau2 mat we
kero tak boleh nak berpaling dah muka, katanya so'oh perut.
pose yang menarik dari kawan-kawan pompuan
ira dan medey bersama pasangan.
nota kaki: gambar dalam kamera saya akan diupload dalam masa terdekat. insya allah. selamat pengantin baru mat we hehehe..
SIAPA PULAK YANG NAIK PELAMIN SELEPAS INI?
SIAPA PULAK YANG NAIK PELAMIN SELEPAS INI?
Comments
Post a Comment