Cinta Saya Dan Semua

May 05, 2011
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/44504_440728537928_693757928_4856395_1681897_n.jpg

Salam buat semua rakan

Lama dah kan rasanya blog ni tak di kemaskini. Saya baru saja lepas sembuh dari sakit. Sebelum gerak gi Cameron pun lagi. Asalnya mula-mula tu salah makan masa lunch dengan adik. Pastu melarat la pulak sampai la semalam baru ok. Tu pu berapa kali mengurut dah perut ni. Kat Cameron pun nak jalan-jalan pun tak best. Tapi sempat la jugak pegi kat pasar malam untuk borong barang buat cendrahati keluarga dan orang tersayang.

Banyak benda yang terlepas untuk dicatat dalam blog ni dalam masa terdekat. Alhamdulillah, segala perangcangan berjalan dengan baik dan keluarga pun banyak memberi pertolongan. Selamat ke tanah Merah hari tu. Tu cerita orang tua-tua la kan. Kite ni tumpang tengok je la. Semoga tuhan permudahkan dan makbulkan segalanya. Cinta yang dibina ini semoga kekal abadi selamanya.

Bulan Mei hadir dengan keceriaan dan pelbagai tarikh yang penuh bermakna. Minggu lepas gi ke KB Mall untuk cari hadiah buat bonda tercinta. Bonda teringin nak guna hp baru katanya. Hadiah di Sponsor oleh adik-beradik lain. Pakat-pakat keluar modal, baru nampak best kan. Kiranya hadiah sempena Hari lahir We Plus dengan Hari Ibu. Semoga We gembira dengan apa yang kami bagi. Sesungguhnya kami amat sayang Abah dengan We.

Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk kat rumah ni. Akak balik dari Kluang, cuti Hari Pekerja. Adik yang dok Politeknik perlis pun balik, cuti sem. Last yang bongsu pun balik jugak. Cewah padahal balik sokmo hehehe.. Suasana rumah pun meriah daripada biasa. Makan pun jadi sedapkan hehehe..

Ok la. Ambo chau dulu. Jaga diri belako.

Comments