Assalamualaikum buat sahabat semua.
Alhamdulillah, sekarang barang-barang yang hendak dibawa sudah siap dibeli dan dilipat. Ada sikit-sikit lagi yang patut di buat, insya allah semuanya akan siap seperti dirancang.
Sambil-sambil saya dok kemas barang, kepala masih dok melayan macam mana keadaan di sana. Semstinya macam-macam yang terbayang dalam fikiran. Tiba-tiba kepala ni dok teringat akan nasihat sesetengah daripada kawan semasa belajar dulu.
K: Kawan
S: Saya
Situasi Kawan 1
K: man, jangan dok kuat sangat pergi tempat-tempat ceramah agama. nanti kan tak pasal-pasal kena hantar mengajar kat jauh-jauh seperti sabah dan serawak.
S: insya allah, saya jaga diri baik, lagi pun saya pergi tempat orang bagi ceramah agama. boleh ilmu dan tampat pengetahuan.
K: ye ke, tengok aku ni. rileks jer. bukan apa, takut sungguh sangat pergi tempat-tempat macam tu, takut kena posting sebelah hulu je. lagi pun kalau kita dok main dengan geng kopiah putih ni, bilo la nak maju kan. geng masjid, faham-faham la.
S: tak pe la, lagi pun tuhan tahu apa yang kita lakukan.
K: ikut awak la.
Situasi Kawan 2
K: kuat betul demo
S: bakpo?
K: yo la, kuat sangat main dengan geng 'takbir' ni
S: bakpo? saloh ko demo rasa? kalau nak sembahyang, semua kena takbir kan
K: tok salah la, tapi gak pandai-pandai la. demo pun faham kan. kan tak pasal demo kena hantar ngajar kat sabah serawak
S: yo ko? ambo g masjid sembahyang pastu kalau ada kuliah, ambo dengar. rasa tak dok benda salah kot?
K: tau.. slow la sikit. tengok macam kawe ni, senyap jah. biar simpan dalam hati. ambo nak posting semenanjung. kena senyap pastu sokong la, biar la salah pun. buat bodo je.
Kedua-dua situasi tu berlaku semasa saya belajar di UPSI la. biasa la, dalam ramai kawan, ada macam-macam perangai kan.
Selepas keputusan posting yang telah keluar. kedua-dua sahabat saya di atas tu dapat posting Serawak. saya hanya senyap, malas nak ungkit perkara yang lama. lagi pun saya tahu, bila tengok muka saya mesti kawan tadi teringat akan 'nasihat' yang telah diberikan kepada saya dulu.
Allah maha adil, insya allah kita tolong allah semasa senang, allah akan tolong kita semasa susah.
Ambil la sebagai pengajaran.
Comments
Post a Comment