Result budak bongsu kat rumah ni baru je sampai. Panas-panas lagi. Jadi sesi semak menyemak result ni bersama adik. Katanya dia akan naik ke kelas ni 2 tahun depan. Kalau betul macam tu Alhamdulillah la.
Saya teringat zaman belajar kat SMK Falahiah dulu. Banyak kenangan suka dan duka bersama-sama kawan yang tak boleh nak lupa.
Guru-guru masa dulu pun ada yang best dan ada jugak yang no. Saya pun dulu jenis nakal. Suka juga cari pasal dengan ustaz dan warden asrama. Sori cikgu!
Ketiga-tiga adik beradik lelaki dalam keluarga En Nanui ni dihantar kat sekolah yang sama. Jadi satu wakil tiap 5 tahun. Maknanya segala perkembangan semasa kat sekolah tu saya boleh tahu sokmo la kan.
Saya mendoakan semoga SMK Falahiah terus maju dan berjaya seperti mana maksud nama Falahiah.
Result Akhir Tahun SMKA Falahiah
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Comments
Post a Comment