Apa Azam 2013?

Orang sana sini bercakap soal azam dan cita-cita. Bagi saya kita hanya merancang manakala yang seterusnya hanya allah yang menentukan.

Isteri

Tahun bermula kehidupan yang penuh mencabar. Sebelum ni hidup sorang-sorang je, tapi pertengahan tahun lepas kehidupan dah berdua. Ada keluarga mertua dan segalanya la. Semoga allah kuatkan semangatmdalam mencari rezeki.

Anak

Alhamdulillah, rezeki murah. Pertengahan tahun ni juga saya bakal menjadi bapa. Tiada apa yang lebih penting selain dari adanya isteri dan anak. Kesian dekat isteri kerana keseorangan di sana. Moga keluarga banyak membantu.

Kereta

Keinginan tu ada. Perancangan yang teliti dan rapi perlu dibuat. Kos perbelanjaan semakin meningkat, dan mengharapkan rezeki semakin bertambah.

Rumah

Masih terlalu awal. Tambah lagi saya dengan isteri kerja tak sama tempat. Masih kena uruskan kehidupan sendiri-sendiri. Semoga allah berikan rezeki dapat dik dekat dengan isteri dan keluarga.

Comments