Selamat Hari Merdeka 56



Negara kita sudah masuk tahun yang ke 56 menyambut ulang tahun kemerdekaan.

Apa yang kita rasa? Apa yang kita mahu? Apa erti yang kita hayati? Perkara ni sebenarnya kita kena pakat tanam dalam jiwa masing-masing.

Negara telah merdeka? Memang benar tetapi adakah negara merdeka 100%?

Penjajah telah banyak tinggalkan perkara yang tidak elok kepada rakyat malaysia. Ramai dari kita rakyat malaysia yang mengikut perangai penjajah.

Pemikiran, jiwa, rohani, kehidupan dan sebagainya yang perlu ditanamkan semangat jati diri.

Kalau kita berpegang teguh pada ajaran agama islam, insya allah diri dan keluarga kita akan selamat dari segala penjajahan.

Selamat hari merdeka kepada semua. Semoga malaysia yang kita sayangi ini akan bertambah makmur dan berkat.

Comments