Oleh : Ismail bin Abu Bakar
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya
diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti
sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut :
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca
tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan
terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan
disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti
berikut :
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut :
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita
akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu
faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak”
kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk
meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang
berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa
ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun
jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah
dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang
mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu,
memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan
seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali.
Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk
kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada
gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada
anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya
yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu.
Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat
beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika
sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau
pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan
sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita
boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada
kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang
boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.
Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak
boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa
ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya
mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan
untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan
tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim
dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan
sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk
mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan
adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali
sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan
keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang
dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan
mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka
akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat
bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin
Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan
kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh
memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada
perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana
dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak
disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman
yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai
makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak
menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua.
Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah
minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat
sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan
minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada
mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum
menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan
melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan
ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut
akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa
ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor
lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat
tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek,
di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan
sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu
jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk
mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat
yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita
dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai
anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak
kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke
rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri
sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan
supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan
jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
Comments
Post a Comment