HATRIK MULLER MALUKAN PORTUGAL

June 17, 2014


Jerman memberi amaran awal dalam pertandingan Piala Dunia 2014 apabila langsung tidak memberi ehsan kepada Portugal untuk menang 4-0.

Keputusan Joachim Loew meletakkan Thomas Muller sebagai penyerang utama menjadi pulangan berbaloi apabila bintang Bayern Munich itu melakar hatrik dengan jaringan pada minit ke-12, 45 dan 78 manakala satu lagi sumbangan Mats Hummels.

Semangat Portugal untuk mencari gol awal hanya bertahan beberapa minit sahaja sebelum Jerman membuktikan betapa rapuhnya pertahanan lawan mereka.

Kesilapan penjaga gol, Rui Patricio gagal dimanfaatkan Sami Khedira walaupun pintu gol sudah terbuka luas buatnya.

Muller meletakkan Jerman dihadapan menerusi sepakan penalti sebelum tandukan Hummels menjadikan kedudukan 2-0.

Pemain pertahanan, Pepe memburukkan lagi pasukan kendalian Paulo Bento itu apabila hilang sabar lalu menanduk kepada Muller yang ketika itu terduduk di atas padang sehingga memaksa pengadil melayangkan kad merah.

Muller bagaikan sukar disekat dan meletakkan Jerman dalam kedudukan selesa dengan bekalan tiga gol sebelum separuh masa pertama berakhir.

Keadaan tidak berubah apabila Muller melengkapkan hatriknya dengan tindakan penyudah dari jarak dekat.

Comments