Bacaan Kaki Vale Dan Kaki Rokok Sahaja



Abgbotak Partyboy

Yang ni aku kene tulis bahasa melayu supaya dapat sampai mesej yang disasarkan (pun intended)

1.siapa yang merokok tapi menafikan kemudaratannya boleh berhenti disini. Takde makna baca lagi.

2.siapa yg merokok tapi tiada niat untuk berhenti sila rujuk fatwa kebangsaan Malaysia mengenai hukum merokok. Siapa yang kata halal/makruh harap dapat mengucap kalimah syahadah.

3. Siapa yang marah dengan pengharaman penjualan mende yang difatwakan haram kerana menjejaskan periuk nasik mereka, sila bertenang. Harap ingat masa skolah dulu ustaz ajar hasil rezeki dari mende yang haram adalah haram. Tak dapat berkat. Sama lah kot secara tidak langsung macam arak. Kenapa tak gi jual carlsberg je?

4. Sapa yang merokok kata nk vape sebab nak berhenti merokok, fine! Alhamdulillah. Didoakan berjaya. Tapi ada lagi cara 'nicotine replacement' yang telah dibuktikan berjaya berbanding vape. Kalau dah beli barang beratus ringgit pastuh bertenggek kat kedai try perisa tu perisa ni; rasanya makin berhenti ke makin galak vaping?? ( ni soalan org IQ 85 pon buleh jawab dengan tepat)

5. Nikotin adalah barang kawalan sejak 1952. Full stop. Yang hangpa pi jual nikotin tahun 2000++ tu buat apa?! Sesiapa sahaja yang punya akil baligh boleh agak mende tu salah. Sama macam halal haram rokok/vape. So kalau yang dok bising dung dang dung dang tu mungkin tak baligh lagi la kot.

6. Nikotin adalah bahan kimia yang menyebabkan ketagihan rokok. Kalu takde nikotin dlm rokok takkan ada orang ketagihan rokok. Isu utama vape ialah ketagihan bagi mereka yang bukan asalnya perokok kini ketagihan vape! Kalau yang dah merokok tu menggunakan vape sebagai pengganti rokok, itu boleh diterima. Yang tak boleh terima adalah mereka yang tak pernah merokok tapi kini ketagihan vape disebabkan nikotin tu!

7. Mereka yang merokok mesti tahu dan faham. Tidak mudah untuk mula merokok. Bagi yang baru mencuba, rokok pahit, busuk dan boleh bikin sakit kepala dan loya jika mula2 mencuba. Tapi kalau dah banyak kali mencuba, nikotin akan mula memberi kesan. Sebab itu mereka akan hisap juga.
8. Mereka yang merokok juga mesti setuju susah untuk menyembunyikan kegiatan merokok dari ibu bapa atau orang ramai kerana bau yang kuat dan tahan lama. Senang nak kantoi. Bayangkan anak2 gadis kita yang bertudung labuh menutup aurat sempurna baru mencuba untuk merokok, konfem kantoi! Kalau vape?! Susah! Tapi ketagihannya tetap sama!kemudaratannya tetap ada.

9. Nikotin masih lagi bahan kimia yang sama yang memberi kesan kepada kesihatan sama ada didalam vape atau rokok. Jadi kalau yang belum merokok, kenapa nak mula vape?

10. Kalau anda sebagai peniaga vape, adakah anda tidak akan meletakkan walaupun sedikit nikotin kedalam cecair vape anda? Kalau takde ketagihan takde la pelanggan tetap. Dah takde ketagihan takde la tarikan vape.

11. Tolong jangan bercakap macam budak2 kenapa tak haramkan merokok juga? Kerajaan memang tak haramkan, tapi dari tahun 1995 lagi dah rokok tu difatwakan haram. Vape pon kerajaan tak haramkan, tapi rasanya dah diharamkan baru2 ini oleh majlis fatwa. So tolong jangan keliru undang2 kerajaan dengan hukum Allah. Kalau dah baligh tentu boleh faham. (Pasni konpem ada nk debat pasal fatwa pulak)

12. Jadi saya rasa ada jalan penyelesaiannya untuk masalah ini. Mungkin boleh dikeluarkan lesen untuk menjual perisa vape yang mengandungi nikotin ni tapi ianya perlu diselaraskan seperti penjualan ubat- ubatan. "Nicotine replacement therapy", rawatan gantian nikotin untuk tujuan berhenti merokok sahaja. ( berhenti merokok adalah agenda utamakan?!?!?!)

13. So ia mesti datang dalam paket2 yang telah ditentukan kandungan nikotinnya. Tak payah lah nk brew ke apa lg dah. Nak berhenti merokok kan?

14. Langkah2 ini adalah penting untuk menyelamatkan kita dan anak2 kita dari mende yang tak berfaedah dan memudaratkan. Ada Ust glemer kata kalau amik mende yang haram macam merokok (sekarang vape), jadi darah daging, jadi air mani maka zuriat pon terhasil dari mende yang haram. Patut la sekarang ramai budak perangai macam haram jadah.

15. Apa2 pon mohon semua berhenti sejenak dan memuhasabah diri. Banyak lagi sumber rezeki di bumi Allah ni. Jangan sampai jadi kufur. Jangan cakap macam orang jahil. Wallahualam.

Comments