Rahman Baco, Pharmacist
PRODUK KOSMETIK: JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA
Apa pengguna bijak perlu tahu tentang produk kosmetik yang mereka gunakan?
Apabila sesuatu produk kosmetik disahkan mengandungi bahan beracun, syarikat akan menghentikan jualan dan menarik balik produk tersebut dari pasaran. Syarikat kosmetik akan mengeluarkan produk yang baru menggantikan produk lama yang telah ditarik balik.
Produk baru yang bebas racun ini akan dinotifikasi sebagai produk baru yang berbeza tetapi atas jenama besar yang sama.
Apa yang pengguna bijak perlu tahu:
[+] 1. Produk-produk kosmetik jenama Qu Puteh yang lain adalah selamat digunakan kecuali produk Qu Putih Whitening Pro 9 dan Qu Putih Whitening UV Block yang telah ditarik balik.
[+] 2. Produk jenama Tabita Skincare yang mengandungi bahan beracun adalah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream.
Produk Desi Damayanti Tabita adalah produk kosmetik baru yang bebas bahan beracun.
[+] 3. Produk kosmetik jenama Dnars yang mengandungi bahan beracun adalah Dnars Magic Day Cream, Dnars Yellow Cream yang dinotifkasi pada 2012 dan 2013.
Saya pasti pihak Dnars telah mengambil langkah mengeluarkan produk kosmetik baru atas jenama Dnars yang bebas bahan beracun.
[+] 4. Produk seperti TRETINOIN HYDROQUINONE MAXI-PEEL dan Babyface adalah produk kosmetik beracun yang perlu dielakkan.
Jika anda mengalami kesan-kesan sampingan selepas menggunakan produk kosmetik seperti kulit muka pedih, mengelupas, menjadi tompok hitam selepas menggunakan sesuatu produk. Kemukakan aduan kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan untuk pengujian dan tindakan lanjut.
"CUBA DULU BARU TAHU, SUSAHKAN?"
Jadilah Pengguna Bijak
Rahman Baco
Herbal Choice
Your Halal Trusted Pharmacist
Comments
Post a Comment