1 Mac 2016
THE GREAT DEBATE, di UTM, pada 25 Februari 2016
Untuk dua tiga hari, sengaja hamba membiarkan fikiran hamba merayau ke suasana lain dalam hal ini. Ternyata daam hal DLP, penyokong DLP mendapat sokongan kuat di UTM. Itu tidak menghairankan hamba. Memang debat ini direka bentuk supaya DLP mendapat sokongan penuh. Hanya Raimi dan hamba yang berkata kami menolak DLP atas hujah yang biasa kami ungkapkan, sekalipun kami tidak menolak bahasa Inggeris. Kami menolak DLP atas kepentingan pelajar dan negara, bukan peribadi.
Penyokong DLP mendapat sokongan penuh? Nampaknya begitulah. Tetapi dalam bacaan hamba tidaklah sepenuhnya! Mereka sendiri pun ada was-wasnya! Apa buktinya?
Pertama, mereka yang menyokong DLP bercakap dan berhujah menggunakan diri sendiri sebagai bukti, itu bermakna mereka tidak ada bukuti, cuma menyokong atas kepentingan peribadi.
Kata setiap orang daripada mereka, "Saya masih sama walaupun belajar dalam bahasa Inggeris, siapa berani mengatakan saya bukan orang Malaysia - India atau Melayu sepenuhnya?" Memang tidak ada yang mahu mengatakan tuan dan puan sudah berubah! Tidak perlu. Percakapan begitu sudah membuktikan tuan dan puan tidak ada bukti padu tidak berubah. Tidak sekonkrit hasil kajian Chung Hun Yin di Singapura, bahawa setelah melalui pendidikan dalam bahasa Inggeris selama 20 tahun, Perdana Menteri mereka Goh Chock Tong mengatakan generasi mudanya hanya biologinya Cina,, tetapi budayanya sudah berubah." Menjadi orang putih!!
Oh ya, Cina tidak kelihatan dalam debat ini. Sekolah Cina tidak terlibat dalam DLP. Menteri Pendidikan dan Menteri Perdana kita tidak akan berani mengusik sekolah Cina. Tidak berani!!! Hamba katakan "Memang tidak berani!". Jikalau beranai cubalah! Mereka hanya berani memanipulasi orang Melayu luar bandar yang tidak tahu-menahu tentang apa yang dilakukan.
Kedua, mereka juga mendengar dan memahami hujah bantahan hamba. Anak Melayu luar bandar, anak asli di luar bandar, anak orang miskin di bandar, tidak menuturkan bahasa Inggeris di rumah, akan terkorban lagi. PPSMI mengorbankan 3.5 juga anak Melayu, menghancurkan pendidikan anak orang asli.
Oleh sebab itu mereka mengatakan, "kita patut ada banyak aliran penghantar".
Itu bukan masalah hamba, itu masalah menteri pendidikan dan menteri perdana.
Prof Abdullah
Comments
Post a Comment