Apa Kita Share Menunjukkan Kredibiliti Diri Kita.
========================================
Assalamualaikum dan selamat malam Tuan Puan rakan-rakan FB semua.
Penulisan ini panjang, let's move on.
Sudah beberapa lama saya perhatikan, dan saya simpulkan apa yang kita Share dapat menaikkan atau menurunkan kredibiliti diri kita.
...
Melalui Share, orang dapat menilai:
a. Adakah kita ini orang yang senang berkongsi tanpa usul periksa atau seorang yang berhati-hati.
b. Adakah kita memilih dari mana kita mengambil konten-konten kita atau sekadar hentam keromo.
...
Terdapat beberapa isu yang berlaku, dan terbaru Dr Zaharuddin dikaitkan sebagai berkata Courts Mammoth itu haram dan berdosa besar. Sedangkan pada hakikatnya beliau tidak pernah menulis sedemikian.
...
Untuk menjaga kredibiliti diri, ini adalah sedikit saranan:
...
1. Perhatikan dari laman web/page mana anda berkongsi.
...
Terdapat laman web yang konsisten menghebahkan perkara palsu atau outdated tetapi di-spin semula pada masa tertentu untuk mendapatkan trafik.
Sebagai contoh, semasa kenaikan harga tol kereta pada tahun 2015, berita cadangan tol untuk motorsikal dinaikkan semula.
Sedangkan cadangan itu dibuat pada tahun 2013 dan telah ditolak.
Sebelum membaca sesuatu berita, periksa dari laman web mana berita itu datang.
...
2. Adakah konten itu masuk akal.
...
Selalunya terdapat hint sesuatu berita itu palsu dan tidak masuk akal. Sebagai contoh berita ini http://bit.ly/1ryNvND yang kononnya tentang anak Syria sedangkan tiada debu dan di belakangnya terdapat padang yang menghijau.
Tanya Mr Google sebelum berkongsi.
...
3. Picture says a thousand words.
...
Seperti link http://bit.ly/1ryNvND juga, gambar benar-benar memainkan peranan, akan tetapi konteksnya boleh direka-reka.
Tanya https://images.google.com/ dari mana origin gambar berkenaan.
...
4. Kadang-kala kita tidak sempat selidik.
...
Tetapi ini tidak bermakna kita tidak perlu bertanggung jawab dengan apa yang kita kongsikan.
Sebelum selidik, simpan dahulu untuk diri sendiri sahaja.
Gunakan fungsi Facebook 'Who Should See This? Only Me'.
Anda juga boleh gunakan fungsi Save.
...
5. Apabila benar-benar ragu tentang kesahihan sesuatu berita.
..
Lupakan sahaja.
Kebanyakan masa, ia hanya mendatangkan mudarat apabila dikongsi.
Ada banyak lagi cerita bagus-bagus yang boleh dikongsi.
...
6. Hal kecil je... sharelah!
...
Believe me my friend, perkara yang viral - it's not that small.
Kita tidak mahu menjadi penyebab kenapa sesuatu perkara buruk itu menjadi viral.
Bila petik sana petik sini seperti kes Dr Zaharuddin di atas, ia boleh mencemarkan kredibiliti dan mendatangkan fitnah kepada beliau.
Adakah fitnah itu satu hal yang kecil?
...
Penutup.
...
Sebagai orang bisnes - kredibiliti adalah sesuatu perkara yang amat penting. It can make or break you. Ia adalah umpama emas yang mendatangkan lebih banyak emas.
Jangan hairan jika tiba-tiba kita di-unfriend atau di-unfollow oleh seseorang yang sangat bernilai di mata kita. Mungkin apa yang kita share menyebabkan perkara ini berlaku.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.
Comments
Post a Comment