ISU PERMAINAN POKEMON GO #pokemongo



ISU PERMAINAN POKEMON GO

Jakim menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

Keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa. Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

Justeru, Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan Pokemon Go ini. Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak *Saddu Al-Zara'i (سدُّ الذرائع)*di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudharatan kepada diri kita.

Sekian

TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
7 Ogos 2016

Comments