Kenali Zaidatul Husniah



Pelari pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli selepas melakukan larian dalam acara 100 meter saringan ketiga di Stadium Olimpik sempena Sukan Olimpik Rio hari ini.Dia hanya mendapat tempat ketiga dalam saringan ini dengan mencatat masa 12.12 saat.- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kejayaan Zaidatul Husniah Zulkifli memecahkan rekod 100 meter milik G Shanti yang berusia 24 tahun dalam Kejohanan ASA Speed Series 2, Bloemfontein, Afrika Selatan awal pagi tadi mencuri tumpuan rakyat Malaysia.

Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia belum mengenali atlet pecut kelahiran Pulau Pinang itu dan di sini disertakan biodata dan lima fakta ringkas mengenai dirinya:

Lima fakta ringkas Zaidatul Husniah Zulkifli

1 . Zaidatul Husniah lahir pada 20 Ogos 1993 - kira-kira tiga bulan selepas G Shanti mencipta rekod kebangsaan 11.50s di Kuala Lumpur (7 Mei 1993).

2. . Zaidatul mempunyai kakak kembar yang turut menyertai sukan olahraga, Zaidatul Husna.

3. Zaidatul Husniah pernah mewakili negara di temasya Sukan Olimpik di Rio 2016 menerusi tiket wild card.

4. Zaidatul Husniah mencatat kepantasan 12.12 saat pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik Rio tetapi gagal mengekalkan catatan itu pada aksi saringan pusingan pertama apabila sekadar mencatat 12.62s.

5. Zaidatul Husniah mencatat kepantasan 11.36s dalam Kejohanan AGN League 7, Pretoria, Afrika Selatan Sabtu lalu tetapi ia tidak diiktiraf sebagai rekod kebangsaan yang baharu kerana mendapat bantuan angin 2.5s.

Biodata: Zaidatul Husniah Zulkifli
Tarikh lahir: 20 Ogos 1993 (24 tahun)
Asal: Pulau Pinang
Ketinggian: 1.56 meter
Berat badan: 40kg
Pendidikan: Pelajar ijazah Pendidikan Jasmani, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pencapaian:

Pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2012, 2014 dalam acara 100m; perak 100m dan 200m Sukan Universiti ASEAN di Indonesia 2014
Rekod acara 100m wanita
Sukan SEA

11.28s - dilakukan pelari pecut dari Filipina, Lydia De Vega di Sukan SEA Indonesia 1987
Sukan Asia

11.15s - dilakukan pelari Sri Lanka, Susanthika Jayasinghe di Sukan Asia Busan 2002
Sukan Komanwel

10.85s - dilakukan pelari Nigeria, Blessing Okagbare di Sukan Komanwel Glasgow 2014
Sukan Olimpik

10.62s - dilakukan pelari Amerika Syarikat, Florence Griffith-Joyner di Sukan Olimpik Seoul 1988.

Comments