PIALA FA 1ST LEG : KL SPA [ 0 ] VS KELANTAN [ 3 ] 24.3.12


Piala FA: Penyu selesa satu gol, Kelantan menang 3-0

Wartawan Sinar Harian

REMBATAN Joseph Kalang Tie luar kotak penalti pada minit ke-66 memberi sedikit bekalan yang selesa menjelang perlawanan pusingan kedua kepada juara musim lalu, Terengganu apabila menewaskan Lions XII 1- 0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Turun sebagai pasukan pilihan, anak buah Mat Zan Mat Aris nyaris merobek jaringan pelawat seawal minit pertama menerusi Francis Forkey Doe namun digagalkan pertahanan lawan.

Francis Doe sekali lagi mendapat peluang pada minit ketujuh setelah mendapat hantaran Mohd Ashaari Shamsuddin dan rembatan terkena palang gol Lions XII.

Lima minit sebelum separuh masa pertama, Forkey Doe turut mendapat peluang. Namun 'set piecenya' tersasar walaupun berjaya menewaskan penjaga gawang Lions XII.

Anak buah V Sundramoorthy cuba bangkit memberi tentangan pada separuh masa kedua tetapi keampuhan benteng pertahan Sang Penyu menjadi penghalang kepada jentera penyudah Lions XII.

Pada minit ke-54, pasukan pelawat menerima tamparan apabila Kapten Lions XII, Hariss Harun menerima kad merah setelah mengasari Forkey Doe di kawasan penalti pelawat.

Sementara itu naib juara musim lalu, Kelantan tidak menghadapi masalah apabila menewaskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) FC 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Di utara tanah air pula, anak buah Wan Jamak Wan Hasan terpaksa akur kehebatan pasukan kendalian Yunus Alif apabila terikat 0-0 di Stadium Darulaman, malam tadi seterusnya memberi keselesaan kepada T-Team.

Perlawanan suku akhir kedua akan diadakan pada 27 Mac ini, menyaksikan Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada SPA FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV manakala Sang Kenari terbang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bertemu tuan rumah T-Team manakala Lions XII melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Jalan Besar.

Comments