- Home
- bola sepak
- kelantan
- piala malaysia
- sukan
- video
- Terengganu 3-1 Kelantan | Suku Akhir Piala Malaysia 2011
Terengganu 3-1 Kelantan | Suku Akhir Piala Malaysia 2011
Terengganu mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan tegang dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin menerima kad merah pada minit ke-31 dan 34.
Kegembiraan Ismail tidak bertahan lama apabila Nafeez menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu itu pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.
Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.
Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Zubir Azmi dan pertahanan Kelantan, Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.
Related Posts
Di Sebalik Tabir Raya Tak Jadi ...
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V hadir di Masjid Putra untuk Program Bacaan Yassin hari ini PUTRAJAYA, 20 April - Kebawah Duli Yang Maha Mu ...
Rindu Kat Kampung Halaman Di Kelantanwalaupun tiada video klip yang khusus, saya rasa ...
Dah Sampai Separuh Perjalanan. Jap Lagi Sampai Kota BharuAlhamdulillah. Sekarang berada di lcct dah. Makan ...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Comments
Post a Comment