Semalam berkesempatan join kawan buat ayam pansoh. Ini makanan tradisi masyarakat orang iban di sarawak.
Ayam yang dibeli 10 ekor dan buluh yang dikerat macam lemang sebanyak 30 batang.
Rasanya cukup untuk geng-geng cikgu nak makan nanti.
Sambil-sambil masak, kami buat bbq yang ringkas. Ada ikan dan kepak ayam. Enjoy juga buat benda-benda yang tak biasa kita tengok ni.
Cara nak buat benda ni ialah sama dengan masak lemang orang semenanjung. Kena sentiasa tengok dan pusing buluh tu.
Lepas maghrib terus balik, tinggal sahabat lain yang buat.
Hari ni kat sekolah ada buat hari gawai dayak peringkat sekolah. Pelbagai acara dan program yang dilakukan.
Salam jumaat sahabat.
Masak 'Ayam Pansoh' Hari Gawai Dawak SMK Riam
Related Posts
Hujung Ke Kuala Baram. Beli Ikan Segar Assalamualaikum.Hari minggu lepas sempat tumpang ...
PRODUK CUCI KERAK USUS. BENAR ATAU TIDAK?? by Root of Science | Jun Ramai dikalangan ra ...
BBQ Di Tanjung Lobang, Erat Silaturahim. Tahun Depan Pindah? Awal pagi oleh kerana rasa nak makan nas ...
105 harapan guru kepada Menteri Pelajaran (Himpunan Cadangan)105 harapan guru kepada Menteri Pelajaran 22 M ...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Comments
Post a Comment