Pagi tadi berlansungnya majlis sambutan hari gawai dayak kat sekolah. Memang meriah dengan pelbagai aktiviti.
Mula-mula sekali ucapan dari tuai rumah yang dilantik iaitu Cikgu Melwin Seman. Cikgu lain disediakan makanan ringan.
Sambil makan semua guru dan pelajar dihiburkan dengan tarian tradisional masyarakat iban dan orang hulu.
Pelbagai ragam dan aksi la dari guru dan pelajar. Ada yang siap lari lagi sebab tak mau kena menari.
Last sekali program makan-makan bersama antara guru dan pelajar. Mereka bawa sendiri bekal dari rumah dan ada yang datang masak kat rumah cikgu.
Selepas pelajar balik, ada jamuan pula untuk cikgu iaitu lauk ayam pansoh. Boleh tahan juga rasanya kalau makan sekali dengan daun ubi.
Ambo tak leh nak make banyak sangat, perut dah penuh dengan bihun yang pelajar bawa. Kenyang tak terkata la hahaha...
Semoga program macam ni boleh diteruskan la. Boleh kenal budaya dan adat resam orang Sarawak :)
- Home
- gawai dayak
- guru
- makanan
- miri
- program 2012
- riam
- sarawak
- sesi 2012
- smk riam
- Sekitar Sambutan Hari Gawai Dayak. Apa Yang Menarik?
Sekitar Sambutan Hari Gawai Dayak. Apa Yang Menarik?
Related Posts
Hanya Tealive, Coolblog & Chatime Yang Ada Sijil HalalOleh Farizan Zainal Seperti diket ...
Mengidam Nak Makan 'Butir Nangka', Terus Ada Orang Buat :) 3 hari lepas saya ada post status cakap terasa n ...
Keropok Lekor Buat Ubat Rindu Kampung Waduh sedap tak?Hahaha.. Alhamdulillah, walaupun ...
Daging Rusa Segar Dari Hutan Di Miri Pagi tadi bergerak ke pekan bekenu bersama ...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Comments
Post a Comment