Perjalan Perkahwinan Ini



Perjalanan cinta ini secara jarak jauh. Kami memilih perjalanan secara ini kerana takdir rezeki kami. Kami tahu suatu masa rezeki dok dekat akan sampai juga kepada kami.

Insya allah.

Masing-masing mempunyai cara dan keadaan yang terkini. Isteri bekerja di kelantan yang mana cutinya tidak sama dengan di sarawak.

Saya cuti secara 3 hari berturut-turut manakala si isteri tercinta ada sekolah ganti dan hari ahad di kelantan ialah hari bersekolah.

Saya ambil keputusan tidak balik ditambah lagi tiket untuk cuti hari malaysia ni sangat mahal. Boleh sama dengan tiket nak balik raya aidilfitri.

Alhamdulillah sekolah boleh cuti lebih pada raya aidiladha nanti dan kami dah bincang nak buat majlis akikah untuk anak lelaki tersayang.

Bersabar lah wahai hati.

Comments