Baca: Dua Remaja Keji Seksa Anak Kucing
Peliknya, komen yang diterima melalui artikel itu banyak yang membela dua remaja lelaki dengan alasan mereka mahu bergurau, itu adalah mereka hanya mahu ‘membuli’ kucing peliharaan mereka dan ia bukan satu kekejaman.
Ada komen mengatakan sebenarnya penutup balang itu longgar, jika kucing itu tegakkan kepala ia akan terbuka. Kalau macam itu, apa kata anda diperlakukan begitu hanya untuk beberapa minit untuk bergambar, bukannya mahu menyeksa tetapi hanya mahu ‘membuli’ anda.
Sesekali, tidak dapat difahami para pembaca blog ini yang pada kes tertentu membela haiwan seperti merekalah pakar haiwan, pada tertentu merekalah yang membela aksi kejam dan ganas seperti ini.
Apapun melalui laman web dailychilli.com seorang pengguna Facebook dengan nama Ai Knowl mengaku merupakan antara seorang yang memperlakukan kucing itu sedemikian.
“Saya mengambil foto itu hanya bertujuan sebagai gurauan,” katanya bangga apabila gambar itu mendapat 251 likes selepas dikongsikan.
Remaja itu yang tinggl di Johor Bharu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa anak kucing itu masih hidup.
“Esok, saya akan memuatnaik beberapa keping foto dan video yang menunjukkan kucing itu masih hidup, jangan risau,” katanya.
Kenapa esok? para pengguna internet mahukan bukti segera. Salah seorang pengguna laman sosial Mohamad Azuan berkata Ai Knowl sepatutnya diletakkan di dalam botol seperti mana yang diperlakukan ke atas kucing itu.
Seorang pengguna internet bernama Lynn Valentine pula berkata, beliau tidak menerima permohonan maaf remaja keji itu.
“Saya tidak boleh menerima permohonan maaf anda,” katanya.
Pengguna internet telah pun melaporkan perbuatan keji mereka kepada Persatuan Pencegahan Keganasan Terhadap Haiwan (SPCA) untuk tindakan lanjut.
Sementara Pengasas laman Facebook Malaysian Crime Awareneness Campain Mark Soh berkata, beliau telah membuat laporan kepada SPCA selepas melihat dua foto kontroversi itu.
“Ia adalah satu perbuatan berupa kekejaman ke atas haiwan dan saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas mereka,” katanya yang turut membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkaitan kes itu.
Jika diambil tindakan, kedua-dua remaja itu boleh didenda RM200 kerana kesalahan melakukan kekejaman ke atas haiwan.
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS
Comments
Post a Comment