
Bismillah, mesyuarat exco negeri Kelantan sebentar tadi telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari Isnin, 4 November 2013 sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bolasepak untuk pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam.
Ia juga sebagai memberikan kemudahan kepada penjawat-penjawat awam untuk merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti yang agak panjang. Kepada peminat-peminat TRW, diharapkan dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini.
Jagalah adab-adab kesukanan dan jangan tinggalkan solat. Insya-Allah, Gomo Kelate Gomo.
MB Kelantan.
Comments
Post a Comment