Oleh Abd Rahman Adam
MIRI: Gara-gara kalah judi, seorang lelaki mengamuk dengan memecah sekurang-kurangnya sembilan komputer di sebuah premis judi internet di Taman Quadruplex, Permyjaya, di sini, tadi.
Kejadian kira-kira jam 5 petang itu, menyebabkan lelaki berusia 22 tahun dari Tudan di sini, dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai pekerja pusat judi internet berkenaan.
Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit yang dipercayai positif dadah mengunjungi pusat judi berkenaan kira-kira jam 4 petang dan dikatakan kalah sekali gus menyebabkannya tiba-tiba berang.
Malah beberapa saksi memberitahu lelaki itu turut mencederakan diri dengan serpihan botol dan menanggalkan pakaian dipercayai bagi mengelak terus dipukul.
Lelaki amuk menanggalkan pakaian dipercayai bagi mengelak terus dipukul.
Comments
Post a Comment