Tahukah anda bahawa amalan membaca Surah al-Fatihah yang dibaca setiap kali di dalam solat juga boleh dijadikan pendinding diri?



Tahukah anda bahawa amalan membaca Surah al-Fatihah yang dibaca setiap kali di dalam solat juga boleh dijadikan pendinding diri?

Berikut adalah kaedah mengamalkannya:

1. Untuk hari pertama, baca al-Fatihah selepas selesai setiap solat fardhu sebanyak sekali. Contohnya, jika hari pertama ialah hari Isnin, anda baca Surah al-Fatihah selepas wirid dan doa setiap waktu solat bermula dari Subuh hingga Isyak sebanyak SEKALI sahaja untuk hari itu.

2. Pada hari kedua, bilangan bacaan Surah al-Fatihah ditambah kepada DUA kali ketika selesai setiap solat fardhu dengan niat yang sama (mohon Allah memberikan perlindungan dan pertahanan diri anda dari gangguan jin dan syaitan).

3. Bilangan bacaan ditambah sehari sekali sehingga hari yang ketujuh (dalam contoh di atas adalah hari Ahad). Ini bermakna pada hari Ahad, bilangan surah al-Fatihah yang anda baca selepas setiap solat fardhu adalah cukup TUJUH kali.

4. Selepas hari tersebut, anda kekalkan bacaan Surah al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai anda mengerjakan solat fardhu.

Insya-Allah, dengan komitmen dan konsisten anda mengamalkan bacaan ini, anda akan dilindungi Allah dari sebarang perkara yang mengganggu hidup anda dan keluarga anda.

Comments