Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani bahawa pada akhir zaman, umat Muhammad akan berpecah menjadi tiga golongan.
Satu golongan menyembah Allah dan beribadat dengan ikhlas, satu golongan lagi menyembah Allah dan beribadat dengan riya dan satu golongan lagi menyembah Allah dan beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.
Maka pada Hari Kiamat, Allah Subhanahu Wata'ala mengumpulkan mereka itu dan bertanya tujuan mereka beribadat kepada-Nya.
Golongan yang beribadat dengan riya dan dengan tujuan mencari makan dari manusia, Allah campakkan mereka ke dalam neraka kerana tiada satu pun dari amalan yang mereka kerjakan itu sampai kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Manakala hanya golongan yang beribadat dengan ikhlas, yang mengharap keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala sahaja yang dimasukkan ke dalam Syurga.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
"Dari Abi Umamah Al-Bahili ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala tiada menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas kepada-Nya dan ditujukan hanya kepada-Nya semata-mata". (Riwayat Al-Imam An-Nasa'ie)
Comments
Post a Comment