Hidup Penuh Ujian? Kenapa?



Sesiapa pun dalam hidup ini mesti ada ujian dan masalah. Ada orang yang masalahnya orang lain nampak dan ada orang yang masalahnya kita tak nampak. Sedar-sedar dia dah meninggal dunia kerana penyakit yang dideritai lama. 

Kerana bagi orang yang beriman rehatnya bukanlah di dunia ini.

Nabi salallahualaihiwassalam pernah berdoa;

اللهم اجعل الحياة زيادة لي في كل خير والموت راحة لي من كل شر

“Ya Allah, jadikanlah hidupku sebagai tambahan kebaikan untukku. Dan jadikanlah kematian sebagai waktuku untuk beristirahat dari pelbagai keburukan." [Riwayat Muslim]

Bersabda nabi .s.a.w. :

"Hamba yang beriman (jika meninggal) dia akan beristirahat dari lelahnya (menjalani) kehidupan dunia adapun manusia yang fajir (jika meninggal) maka manusia, negeri-negeri, pepohonan serta binatang-binatang akan aman dari kejahatannya”.

Comments