1 KE SYURGA, 72 KE NERAKA!



Daripada `Auf Bin Malik r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Umat Yahudi telah berpecah belah menjadi 71 golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang 70 golongan lagi akan masuk neraka. Dan umat Nasrani telah berpecah belah menjadi 72 golongan, maka 71 golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan 72 lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, “Golongan mana yang selamat?” Nabi SAW menjawab: “Mereka adalah al-Jamaah.” (golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).

(Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan

Yang dimaksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al Quran dan as Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sahabat dan salafussoleh, ataupun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan “Ahlus Sunnah Wal Jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.

~ Sumber: Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman/ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki/ Galeri Ilmu Sdn Bhd, 2013

Comments