Axello Tacts
#ANALISISTAKTIKAL
KELANTAN 4 JDT 1
JDT TEWAS DI KOTA BHARU
#PERMULAAN
KELANTAN 4-1-3-2
Zahasmi kali ini turun dengan formasi yang lebih balance dan meletakkan Iwuji di wing area manakala Farhan di striking role bersama Gilmar. Carillo direhatkan untuk game ini. Manakala kehadiran Norhafiz membolehkan Piya beraksi di central role
JDT 4-4-1-1
Setelah keberkesanan sistem hole ketika Safee masuk dalam perlawanan sebelum ini, Gomez mahukan sistem hole ini dikekalkan dan Amri diletakkan di hole di belakang target man Luciano Figueroa. Fadhli Shas terus diturunkan sekali lagi di fullback area.
#KELANTAN BERMULA DENGAN INTENSITI TINGGI
Ketika JDT masih dalam proses settling, pasukan Kelantan pula sudah berada di gear tinggi. Kesannya JDT ditekan cukup deep dan build up JDT semuanya tak menjadi dengan fast football yang menekan JDT. Amuthu dan Gilmar boleh dikatakan mendapat form yang bagus bersama dengan Farhan dan Wan Zahrulnizam. Gol pertama mereka adalah hasil daripada tekanan sebegini. Ia bermula dengan gerakan di kiri dan satu hantaran diognal ke target man , Piya yang cuma connect dengan bola sedikit melorongkan bola ke zon kosong. Dalam situasi di mana Fadhli Shas tiba tiba menjadi CB dan meninggalkan zon di belakang beliau. Farhan menerima bola dengan mudah dan Fadhli Shas dengan defensive action yang cukup pasif atau soft (lembut). Hantaran kedalam yang gagal ditampan oleh Farizal dan satu gifted gol kepada Gilmar.
#JDT NERVY START
Tekanan untuk mengekalkan kedudukan di puncak liga mungkin salah satu sebab. Banyak gerakan tak menjadi dalam game ini dan decision makinh yang tidak sepatutnya. Emosi dan lack of fokus.Mereka membenarkan Kelantan menekan mereka dengan mudah serta banyak keypasess Kelantan yang gagal dimatikan. Mereka cuma kembali fokus selepas separuh masa kedua namun tetap gagal mengekalkan fokus tersebut dan melepaskan gol pemusnah.
#KELANTAN MEMUSATKAN ANCAMAN DI KANAN
Fadhli Shas adalah weakest link dalam game malam tadi. Taktikal Kelantan untuk memusatkan ancaman di sebelah kanan membolehkan mereka mencipta berberapa peluang. Norhazrul boleh dikatakan cukup cemerlang untuk membantu Amuthu ataupun Farhan yang kerap bertukar tukar role. Gilmar sendiri kerap ke bahagian kiri. Ketika Gilmar di Kiri, di tengah attacking spear akan disi oleh Farhan atau Amuthu. Wan Zahrulnizam dilihat perlu lebih independent mencari bola di other half dengan beranjak masuk ke dalam atau betukar posisi. Satu yang jelas adalah kebebasan yang diberikan oleh Zahasmi kepada midfielder untuk bertukar tukar role.
#JDT GAGAL MENDOMINASI TENGAH
Kekuatan Utama JDT adalah menguasai di bahagian tengah dengan pengaruh daripada pemain seperti Safiq Rahim. Namun kali ini mereka hilang influence tersebut, Kesannya, Nazrin Nawi dan Amri Yahyah mungkin yang paling terkesan. Ini kerana Fadhli Shas gagal menyediakan platform kepada Nazrin berbanding Kunanlan dan Mahali. Manakala hole player Amri sudah pasti mengharapkan servis daripada Safiq. Operasi ditengah jelas dikawal Kelantan. Zahasmi mungkin tidak mempunyai DMF yang benar benar efektif tetapi Zahasmi memusatkan pemain tengah untuk stay compact bersama sama shielding back 4 yang juga on form.
#FADHLI THE WEAKEST LINK DAN AIDIL
HILANG FOKUS
Saya rasa Fadhli sangat low key performance malam tadi. Aidil pula terlalu terbawa bawa dalam game ini. Jelas sekali 2 pemain ini gagal berhubung, Gol pertama adalah isu positioning. Gol ketiga adalah kombinasi kesilapan Aidil melakukan miss time tackle ( tak tepat masa) dengan commited pada waktu yang salah.
Manakala Fadhli Shas sangat casual (biasa) dalam isu closing down. Farhan menerima bola dan yang menariknya Farhan melepaskan on the run shot pada masa yang tepat apabila Antonio semakin hampir, Farhan tahu kualiti Antonio dan beliau terus melakukan shot yang tepat.
Gol keempat pula adalah isu casual defending sekali lagi oleh Fadhli yang kehilangan Gilmar di wide area. Bila mendekati Gilmar, Fadhli mengurangkan pace seakan akan menunggu dan mengharapkan Gilmar melakukan sbot off target, pada masa ini Aidil cuba melakukan blok namun Gilmar berjaya melakukan gol pembunuh.
#KELANTAN POSITIONING EXCHANGE TACTIC
Pemain di middle third serta final third amat cepat bertukar tukar posisi. Farhan gilmar dan Wan Zahrulnizam antara yg terlibat dalam taktik ini. Ia berkesan kerana versatiliti yg dimiliki oleh mereka. Sistem ini penetrate dari down middle dan meluas di final third. Off ball movement pada frekuensi yg kerap juga berlaku.
#SISTEM WING JDT ‘ROSAK’
Walaupun kemasukkan Chanturu dilihat ada memperbaiki kerosakan tersebut namun secara keseluruhan ia masih rosak. Sangat low connection antara winger dan no.9 atau no.10. Nazrin Nawi antara contoh dan beliau memang agak low dalam game ini ketika 40 minit di padang. Fullback Kelantan yang on form dan dibantu oleh 2 winger yang sentiasa turun ke bawah menyukarkan sistem ini.
#FARHAN SPECIAL NIGHT
Ini yang saya kerap gariskan sebelum ini walaupun ada yang berkata Farhan boleh bermain CMF dengan baik kerana sejak era Sathianathan dia bermain di role tengah. Saya cuma nak kata yang Farhan akan lebih ‘berfaedah’ untuk digunakan sebagai attacker. Bila Zahasmi memasukkan Wan Zack dan mengeluarkan Piya, Farhan ditolak ke CMF, dan game beliau agak menurun tetapi ia agak acceptable kerana mungkin Kelantan sudah memikirkan untuk bertahan. Tetapi yang menarik bila Amr Rohidan masuk, Farhan dinaikkan semula ke atas dan game beliau meningkat mendadak sekali lagi dan melakukan assist.
1 Gol
1 Technical Assist
1 Assist
MOTM pada pendapat saya.
ISU LAIN YANG DIGARISKAN
#JDT LONG RANGE EFFORT
Agak banyak long range shot dalam game ini setelah buntu untuk menembusi final third. Namun kualiti shot jauh mereka agak mengecewakan.
#KELANTAN CHANGGING PACE ISSUE (PENUKARAN TEMPO)
Ketika dalam mode counter attack , pemain seperti Wan Zahrulnizam, Farhan, dan Amuthu kerap kecewa dan memperlahkan gerakan kerana kekurangan option. Sangat lambat untuk menukar pace, dan isu ini mungkin boleh diperbaiki.
#TIPIKAL MSL STYLE
Masih lagi kedua dua pasukan ada isu ini. Dimana kerap leka dalam menggerakan flow bola agar ia lancar.
#JDT VS ORGANISASI PERTAHANAN YANG TERSUSUN
Ini bukan pertama kali JDT buntu dan sukar bila berdepan dengan defensive line yang terurus atau on form. Tetapi sebelum ini Luciano kerap menyelamatkan mereka dengan magis.
#GOMEZ BENCH
Pertama kalinya saya lihat bench Gomez gagal memberikan perbezaan. 2 pertukaran awal mungkin atas sebab teknikal, namun Safee mungkin diharap memberikan impak lebih dalam game ini. Chanturu mungkin antara pemain yang boleh melakukan tugas mengubah perlawanan namun bak kata Gomez bila dah 3-1 , ia memang sukar.
TEAM RATE
KELANTAN 6.7
- ATTACK FROM WIDE RIGHT
- FREQUENT POSITION ECXHANGE
- KLINIKAL DI DEPAN GOL
- ON FORM BACKLINE
JDT 5.5
- LOW CHANCE CONVERSION
- GAGAL MENDOMINASI DI MIDDLE THIRD
- LONG RANGE SHOTS
- ATTACK DARI WING KANAN
- ACTIVE CROSSING
TOP PERFORMER
FARHAN
GILMAR
TAJ
Tahniah Kelantan dan untuk JDT mungkin pasukan ini agak tertekan dengan status untuk kekal di puncak liga. Untuk kedua dua pasukan termasuk penyokong anda telah memberikan atmosfera bolasepak yang hebat dan fokus kepda bolasepak.
Axello Tacts
ini analisis bukan profesional
dilarang komen provokasi, negerisme dan rasisme akan dibanned mandatori.
Comments
Post a Comment