Ada yg bertanya, betul ke ada pendapat mengatakan bahawa bayi dalam rahim mendapat zat dan makanan dari darah haid, memandangkan bila org mengandung , haid mereka tak berkunjung tiba ?
Jom ikuti thread ini https://t.co/a8CuZ6Bz3U
TAK BENAR. Terlebih dahulu saya nak bercerita pasal fungsi placenta atau lebih dikenali sebagai uri. Placenta adalah organ yang menghubungkan bayi yg sedang membesar dengan dinding rahim.
Placenta berfungsi dalam pengawalaturan suhu, bahan kumuh/buangan, pertukaran gas melalui peredaran darah ibu dan anak selain menghasilkan hormon yg bertanggungjawab membantu meneruskan kehamilan.
Placenta melekap pada dinding rahim dan ada tali pusat yang menghubungkan mak dan bayi seperti talian hayat.
Darah haid akan terhenti kitarannya ketika hamil disebabkan ketebalan rahim diperlukan untuk menampung bayi.
Perubahan hormon yg berlaku ketika hamil juga merencat haid dari datang seperti kebiasaannya.
Maka, makanan dan zat nutrisi untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi dalam rahim datang dari ibunya melalui fungsi placenta ini.
BUKAN dari darah haid yang tak datang datang , ketika sepanjang proses kehamilan.
Bayi dalam rahim ni tak makan darah haid seperti bidan yang mengamalkan ilmu hitam.
Harap maklum
Comments
Post a Comment