CUKUP-CUKUPLAH KITA PERMAINKAN AGAMA
Nak cipta anak sehebat Muhammad Al-Fateh, bukan gadjet yang jadi teman masa lapang. Cita-cita agama kita terlalu tinggi menggunung tapi malangnya hanya jadi pemanis di bibir, tapi langsung tak ada tindakan mendaulatkan agama.
Anak-anak generasi kita sudah terlalu hanyut dibuai teknologi dan hiburan yang penuh dengan permainan dan hasutan merosakkan jiwa muda mereka. Anak-anak kita disibukkan dengan keseronokkan melampau, harta dan kemewahan ibubapa dijaja untuk mencari kepuasan nafsu remaja.
Hidup tanpa halatuju. Matlamat hidup tidak jelas. Hilang jati diri.
Yang menginjak dewasa pula hidup hanya mengikut rentak manusia, menjadi boneka fahaman barat dan idea hedonisme langsung maka kita akan dihambat untuk mencari redha manusia. Setiap perlakuan dan tindakan kita hanya mahukan perhatian manusia. Kedudukan dan martabat jantina menjadi cabaran ego manusia.
Si lelaki bergaya, menjaga penampilan hanya untuk tarik wanita. Perempuan sanggup dedahkan susuk tubuh, menghalalkan segala lurah badan sebagai daya penarik buat lelaki.
DUNIA DAN ISINYA
Cita-cita seorang pekerja sanggup korbankan masa, tenaga dan segalanya demi mengejar impian kerjaya. Rela dihambat kesibukan hidup kerana patuh dan taat pada majikan untuk meraih habuan pangkat serta penghormatan.
Sosial status menjadi igauan, impian dan angan-angan manusia yang saling mengejar harta, pangkat dan wanita. Semua gila kerana dunia menghempuk segala beban dan nikmat kemewahan supaya manusia kelabu mata sehingga alpa pada akhirat.
Mereka sanggup menjual agama untuk meraih habuan dunia. Si wanita rela serahkan tubuh untuk diratah lelaki kerana "easy money". Manusia sanggup membunuh untuk jadi kaya dan mewah. Kawan sanggup khianati sahabat demi pangkat dan nama.
Hidup jadi satu lapangan mainan.
Semua menjadi satu nisbah mengukur nasib dan tuah. Baik atau malang ditentukan akal cetek berpandukan nafsu, bukan lagi mengikut agama dan akhlak.
Duit menjadi sandaran kejayaan.
Nama jadi ukuran pangkat dan gelaran.
Perempuan tempelan trofi hiburan.
Tak ramai yang ingat pada kematian.
Tak ramai yang mahu susah kerana agama.
Tak ramai yang nak ikut sunnah rasulullah.
Tak ramai yang peganng dengan kitab Allah.
Sesungguhnya dah pun Allah katakan, mereka yang mengikut agama Allah hanyalah SEDIKIT!
Adakah kita golongan yang dimaksudkan itu? Layakkah kita menjadi sebahagian dari sahabat yang dirindui nabi?
Yang jadi mangsanya adalah anak-anak generasi selepas kita. Siapa yang nak membela mereka? Siapa yang memandu anak dan cucu cicit kita? Islam lagikah mereka selepas kita mati?
ANAK-ANAK YANG LEMAH
Anak-anak muda sekalian,
Jangan risau kalau kamu tak berduit,
Jangan bimbang kalau kamu tak ada telefon.
Jangan bimbang kalau kamu tak pandai internet.
Jangan bimbang kalau kamu tak kenal telegram, whatsapp atau we chat.
Jangan bimbang kalau kamu tak retiber'facebook'.
Jangan bimbang kalau kamu tak terror menari ravers atau poco-poco.
Jangan bimbang kalau kamu miskin sekalipun.
Jangan takut kalau dipandang hina oleh seluruh manusia.
Semua tu bukan ukuran di mata Allah dan rasul. Sebaliknya kita akan dihitung dengan masa, harta, usia dan ilmu yang kita telah labur dan leburkan semasa hayat kita di dunia. Adakah untuk agama? Atau dibuang sia-sia untuk nafsu serakah kita.
Tak kira engkau anak, bapak, suami, isteri atau emak.. malah datuk nenek sekalipaun, semua kita di soal tentang amanah yang SAMA! Tua atau muda.
Allah telah ciptakan syurga untuk seluruh manusia kembali kepada-Nya setelah masing-masing diberikan peluang untuk melaksanakan pengabdian hidup di dunia. TETAPI manusia itu sendiri yang MEMILIH neraka kerana terpukau dengan segala isi dunia.
"Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda-gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Qur'an agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), karena perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala macam tebusan apa pun, niscaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam neraka), karena perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih karena kekafiran mereka dahulu."
(Q.S.Al-An'am 6:70)
"(yaitu) orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda-gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Maka pada hari ini (Kiamat), Kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini, dan karena mereka mengingkari ayat-ayat Kami."
(Q.S. Al-A'raf 7:51)
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. "
(Q.S. Al-Hadid 57:20)
Rasulullah dengan jelas bersabda dan mewasiatkan kita:
“Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi RabbNya, hingga dia ditanya tentang lima perkara (yaitu): tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) ia belanjakan serta apa saja yang telah ia amalkan dari ilmu yang dimilikinya.”
(HR. at-Tirmidzi)
FB SHAUQI
“Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari siksa Neraka.”
Comments
Post a Comment