HUTANG - HUTANG - HUTANG
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari." (HR Al-Baihaqi)
Tip Untuk Elakkan Berhutang:
1) Belajar ilmu untuk merancang dan mengurus kewangan.
2) Elakkan atau kurangkan penggunaan Kad Kredit, gunakan Kad Debit. Ukur baju di badan sendiri. Kawal perbelanjaan.
3) Mula belajar menabung walaupun sedikit. Tahukah anda, jika anda menabung secara istiqamah sebanyak RM100 sebulan, dan jika ia memberikan dividen 7% setahun, dalam masa 20 tahun anda sudah ada wang lebih kurang RM30,000. Cukup untuk memulakan satu perniagaan kecil/sederhana.
4) Belajar membezakan antara KEPERLUAN VS KEHENDAK. Banyak perkara yang kita beli secara hutang atas dasar nafsu. Tidak mudah tergoda dengan gajet, jenama, jualan murah, skim bayaran mudah dan seumpamanya.
5) Tahu mana hutang baik dan mana pula hutang yang tidak baik. Misalnya hutang untuk sambung belajar, mencari ilmu dan memulakan perniagaan adalah hutang baik.
6) Jauhi sebarang SKIM yang boleh menbuatkan anda tertipu dan terpedaya. Jangan percaya mana-mana skim yang memberikan anda pelaburan mudah dan besar dalam masa yang singkat. Usah tamak dan jangan sesekali gelap mata.
7) Tidak membazir. Tidak membeli sesuatu secara berlebihan. Tidak bazirkan perbelanjaan pada bil-bil yang tidak perlu. Jimat elektirik dan air. Jimatkan bil internet, potong mana yang tidak perlu, saluran tv berbayar pilih yang perlu sahaja. Makan di tempat biasa dan jika perlu bawa bekal, jangan malu. Tidak perlu terpengaruh dengan iklan untuk cantik, kecantikan asli itu lebih selamat. Minimakan setiap perbelanjaan.
8) Rajin menambah pendapatan. Juallah apa sahaja janji halal! Sekarang zaman Online. Belajarlah ilmu untuk menjalankan perniagaan secara online. Disamping itu, cari peluang untuk berniaga secara tradisi meski pun cuma sekadar menjual nasi lemak. Dengan sedikit nilai tambah, kreativiti dan servis yang baik, perniagaan yang kecil boleh menjadi besar.
9) Jangan lupa amalan-amalan untuk membuka pintu rezeki, antaranya istighfar, solat dhuha, bersedekah, doa dan seumpamanya.
Semoga titipan ini menjadi asbab Allah bukakan rezeki untuk kita semua.
SHARE diizinkan dan digalakkan.
Sekian.
Dr. Hj Tengku Asmadi
Comments
Post a Comment