KBAT.... satu idea "usang"
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah idea "usang" yang telah mula dibahaskan secara formal sejak 1949 sehingga muncul taxonomy Bloom 1956 dan direvised 2000 utk ditambah aspect creation. Ini adalah hirarki pengetahuan.... bukan kemahiran berfikir !
Istilah yang dikaitkan dgn KBAT spt inqury, kritikal, problem soving, decision making, kreatif dll juga bukan idea baru. KBAT didefinisikan secara indah dalam bahasa yang ideal sebagai "keupayaan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan mencipta sesuatu.."
Maka setiap subjek disekolah cuba diKBATkan utk mencapai definisi di atas bermula dari kurikulum - PnP- Pentaksiran lalu diperkenalkan i-Think (innovative thinking). Maka berkursuslah seluruh guru utk mengetahui i-Think yang sebenarnya adalah belajar menggunakan:
1. Circle Map
2. Bubble Map
3. Double Bubble Map
4. Tree Map
5. Brace Map
6. Flow Map
7. Multi-flow Map
8. Bridge Map
Bagi aku, i-Think adalah GO (graphic organizer) juga idea yang dah lama wujud - mind mapping, concept map, flow chart, fish chart, pie chart dll yang diberikan jenama baru..
Sistem pendidikan cuba membekalkan "known facts" sebanyak mungkin dalam bentuk buku2 teks yang diuji dalam exam, tetapi dgn pengetahuan tersebut murid tidak mempunyai byk ruang mencuba, tidak dialu2kan jika gagal, takut membuat intepretasi sendiri, sukar mengembangkan pemikiran, malu menyampaikan idea atau bersuara, apatah lagi memberi pendapat yang kritis yang berbeza dgn known facts - sedang inilah yang patutnya menjadi ciri utama PnP sejak diperingkat Tadika lagi...
Betapa membazirnya murid mempelajari puluhan subjek dgn ratusan buku dan latihan serta deretan exam... sedang yang mereka kuasai dan faham serta perlu utk kelansungan hidup yang bergantung kepada "known facts" tersebut adalah ciput. Mereka mungkin skor A... tetapi pengetahuan di luar sana lebih banyak utk diterokai... yang memerlukan keberanian utk meneroka, berfikir dan mencuba utk berinovasi.
Lihat sahaja dalam kelas, hampir semuanya one-way communication wpun ada i-Think kerana murid mesti akur dgn apa yang akan dajar oleh guru, cuma murid convert sahaja teks dalam buku ke bentuk map i-Think... iotu sahaja. Pelajar tidak dilatih meneroka sesuatu, memberi pandangan dan menjadikan ini sebagai satu budaya menimba ilmu. KBAT hanyalah satu lagi strategi yang diaplikasikan dalam sistem yang sama ! Wujudkanlah apa2 sahaja, jika budaya berfikir terkongkong dalam skop silibus... jgnlah harapkan BANYAK perubahan... yang ada adalah BANYAK kerja.
Pada hemat aku, subjek terlalu byk… sehingga tiada ruang murid explore dalam aktiviti PnP, mencari maklumat sendiri, berfikir utk mendapatkannya dan bertindak kritis dan analisis terhadap apa yang ditemui. KBAT juga pada hemat aku adalah contradict dengan OBE, LO dgn mapping yang details sehingga rigid ! Otak bukan ikut skema begitu, mesti capai ini dan itu.... otak fleksible memikirkan apa sahaja utk merasionalkan sesuatu.
Murid juga boleh berkolaborasi menyiapkan tugasan , projek dll sambil memikirkan kemungkinan betul atau salah dan bagaimana utk menyelesaikan masalah dan membuat decision. Selagi PnP berdasarkan buku teks… dgn kurikulum yang phewww… kemudian exam dgn ready-made solution..… dan hanya A sahaja dihargai… sampai bilapun KBAT atau apa sahaja nama lain yang akan muncul hanya akan menambah beban.
Tidak semua murid pandai mathematik… bahasa… seni… bersukan dll. Jika kurikulum direkabentuk utk dikuasai asasnya sahaja, kemudian buka kepada ruang penerokaan utk berfikir, walaupun tidak dapat A dalam matematik, murid tidak terencat utk berfikir… menganalisis , kritis, malah kreatif dan innovative.
Abis apa cara terbaik ke?
Aik.... gunakanlah KBAT kau tu, apalak tanya aku?
OT
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1187207157985502&id=100000886886607
Comments
Post a Comment