~ "Cikgu sentuh saya saman!" ~
Ada sahabat yang tinggal di US bercerita, betapa anaknya gembira pergi ke sekolah. Betapa ceria dan terujanya anak dia bercerita tentang seronoknya alam persekolahan. Betapa baiknya guru, betapa menariknya aktiviti di sana.
Dan aku terus bertanya, bagaimana silibus di sana? Bagaimana pula penilaian mereka?
Katanya silibus di sana sangat ringkas. Tidak berat, lebih kepada seni dan muzik. Banyak belajar sambil bermain. Tidak ada peperiksaan berpusat yang membanding beza darjat murid. Kelasnya juga tidak sepadat kita. ( Anaknya sekolah rendah )
Di Barat, sentuhan fizikal sangat ditegah. Mereka lebih cenderung kepada motivasi dan pujuk memujuk.
Dan kita. Silibus kita makin lama makin berat. Makin maju makin padat. Tanya saja ibubapa, soalan anak-anak tahun 3 belum tentu mereka dapat jawab. Terlampau KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ). Murid belajar mengejar silibus yang berat dalam masa yang singkat.
Maka guru bertungkus-lumus cuba memberi faham topik payah dalam masa yang singkat. Pelajar rasa susah, guru juga rasa terbeban. Ibubapa di rumah cuba membantu, tapi kadang-kadang mereka pun tidak faham.
Kita cuba meniru hukuman. Bab sentuhan fizikal. Tapi kita tidak meniru silibus dan cara menggembirakan murid untuk sekolah. Padat sungguh aktiviti sekolah anak-anak kita kan?
Kita mula tiru tempat yang salah (pada aku). Kita dan mereka berbeza. Jauh berbeza. Kita Islam, dan kita berada di Timur, bukan di Barat. Cuba lihat akhlak mereka orang Barat, bagaimana mereka berakhlak dengan guru. Bagaimana akhlak mereka dengan ibubapa sendiri.
Sangat biadab bagi kita orang Timur. Apatah lagi jika kaitkan dengan kita sebagai orang Islam. Adab kita dengan ibubapa dan guru dalam Islam sangat penting. Sangat dititik beratkan dalam Islam.
Kita meniru tempat yang salah. Tempat yang membuat murid makin biadab. Sepatutnya kita tiru bagaimana membuatkan murid gembira ke sekolah. Itu dulu patut ditiru.
Pernah seorang rakan guru sekolah menengah bercerita, seorang pelajar begitu biadab hingga dia mencekak kolar leher murid itu. Ingin dilempang sahaja pelajar itu agar dia reti menghormati sang guru. Tapi budak itu menjawab,
"Cikgu tahu siapa ayah saya? Cikgu sentuh saya, saya saman!"
Dan ramai guru kini berazam, tidak lagi mengambil berat soal pelajarnya. Nak belajar, silakan. Taknak belajar, sudahlah. Mereka serik, nama naik dibalai polis, terpaksa pula meminta maaf dengan pelajar jika tidak mahu kerjaya mereka disusahkan. Guru meminta maaf dengan pelajar? Jangan terkejut. Ini realiti. Senyum. :)
Siapa yang rugi? Siapa yang rugi bila ribuan guru yang dahulunya begitu cakna dan ambil berat tentang kemenjadian murid kini kecewa dan tidak lagi peduli.
Meskipun pendidikan Barat lebih maju dari kita, namun bukan semua boleh kita tiru. Kita ada budaya kita, kita ada agama kita. Tirulah tempat yang betul, bukan tempat yang salah lagi.
Dan aku akan terus menulis, walau mereka di atas tidak membaca, sepaling kurang aku pernah berusaha. Pernah cuba menyuarakan, walau tiada yang memandang. Kerana aku seorang guru.
#MFS
#Buatrenunganbersama
#dariguruuntukgurudanbukanguru
#fahamilahtugasgurusekarang
#sayasharedrgrupguru
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1176385085751359&id=100001396376175
Comments
Post a Comment