CUBAAN TENTERA GULING KERAJAAN PIMPINAN AK PARTI RACEP TOYYEP ERDOGAN BELUM BERJAYA

July 16, 2016


CUBAAN TENTERA GULING KERAJAAN PIMPINAN AK PARTI RACEP TOYYEP ERDOGAN BELUM BERJAYA

Semalam di Turki, beberapa jalan dan jambatan telah ditutup oleh pihak tentera tanpa memberikan sebarang sebab kepada penduduk Turki. Lapangan Terbang Ataturk telah ditutup dan semua penerbangan telah dibatalkan. Seluruh penduduk diarahkan untuk pulang ke rumah dan Medan Taksim dikosongkan. Jambatan Bosphorus Istanbul dan Jambatan Sultan Mehmet Fatih juga ditutup oleh pihak tentera. Di Ankara pula, ruang angkasa dipenuhi dengan jet pejuang dan helikopter serta terdapat bunyi tembak-menembak menurut laporan.

Pihak ketenteraan di Turki mengumumkan bahawa mereka sedang mengambil alih Turki. Menurut Agensi Dogan, mereka mengeluarkan kenyataan, tindakan tersebut bertujuan untuk membaikpulih negara, hak manusia dan kebebasan. Namun begitu, mereka mengumumkan untuk menjaga kestabilan hubungan bersama seluruh negara lain.

Sama-sama kita teliti apa yang akan berlaku kepada Turki dan doakan keselamatan dan kebaikan buat negara tersebut.

Hampir gagal dikhabarkan tentera nak rampas. Pasukan turus tak sertai rampasan. Mungkin dlm proses menangkap semula komandan yg memulakan rampasan. Ada info kata polis & sebahagian askar menyokong Recep Tayyip Erdogan sbb itu rampasan yg diketuai penyokong Gullen masih belum berjaya, doakan moga semua selamat.

http://www.aljazeera.com/news/2016/07/turkey-military-blocks-bridges-istanbul-160715195444742.html

Comments