CINTA YANG ASING, KINI DIANGGAP ROMANTIK. LGBT
Kalau dulu, saya tak suka naikkan isu LGBT sangat sebenarnya. Kata mereka, ia mengganggu hak asasi manusia dan homofobia. Saya tak kisah kalau agama lain yang amalkan, tetapi bukan mereka yang beragama ISLAM.
Hari ini, saya dikejutkan dengan video clip pre-wedding pasangan gay yang beragama ISLAM. Sudah tentulah, ramai yang mengecam, tetapi ramai juga yang membela.
"Biarlah, dia tak kacau orang pun."
"Orang ada duit, kau hado?"
"Jangan hiraukan orang yang mengecam, asalkan bahagia."
"Homophobic ke?"
Allah, Allah.
Ini masalah ummah sekarang. Apabila hal agama menjadi asing, habis yang dilarang menjadi biasa buat mereka. Saya bimbang ia menjadi barah kepada generasi masa akan datang.
Mereka akan merasa LGBT ini perkara biasa sedangkan dalam agama ISLAM, LGBT adalah dilarang kerana melawan perintah ALLAH yang menjadikan manusia itu berpasangan. Lelaki dan Perempuan.
Untuk kes Pre-Wedding tu, saya berharap, ada pihak berwajib mengambil tindakan ke atas mereka.
Saya di sini, hanya mampu mendoakan semoga mereka diberi hidayah.
"YA ALLAH, Ampunilah dosa-dosa mereka. Berikanlah mereka hidayah seperti KAU berikan hidayah kepada mereka yang menginginkan hidayah.."
Amiiiiin~
Comments
Post a Comment