BANGI, 18 Safar 1440H, Sabtu – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), adalah agenda Zionis untuk memperluaskan pengaruh, selain bertujuan membela Yahudi, kata Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik.
Beliau berkata, ICERD membawa agenda Zionisme dalam menafikan kedudukan bangsa asal sesebuah negara dan sewajarnya dalam konteks Malaysia, konvensyen itu mesti ditolak.
Katanya, ICERD akan membawa kepada penghapuskan kedudukan istimewa sesuatu bangsa dalam negara yang menerimanya, melainkan bangsa Yahudi.
“Israel sendiri bersikap hipokrit tidak mengimplimentasikan ICERD dan melakukan diskriminasi terhadap bangsa selain Yahudi. Hal ini kerana ICERD merupakan salah satu senjata yang digunakan bagi meleburkan pegangan dan keistimewaan mana-mana bangsa.
“Pada awalnya ia diwujudkan bagi membela orang Yahudi daripada kebencian yang dikatakan ‘anti-Semitisme’ ke atas mereka.
“Kemudian ia didrafkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 20 November 1963, yang kemudiannya diterima pakai oleh PBB pada 21 Disember 1965,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sambil menggesa seluruh rakyat Malaysia menolak konvensyen itu, beliau berkata, ICERD akan membawa kepada penghapuskan kedudukan istimewa sesuatu bangsa dalam negara yang meratifikasinya, kecuali bangsa Yahudi.
“Israel sendiri tidak menerima ICERD kerana ia adalah salah satu senjata yang digunakan bagi meleburkan pegangan dan keistimewaan mana-mana bangsa.
“Di Malaysia, yang paling terkesan adalah kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dalam pendidikan, ekonomi, pemerintahan, sosial dan politik,” katanya.
Muslim berkata, pihak yang paling untung dalam ratifikasi dan penerimaan ICERD adalah Israel dan Yahudi.
“Mana-mana negara yang tidak dipegang oleh identiti bangsa yang dominan akan mudah dimanipulasi dan ditunggang demi kepentingan pihak lain.
“Di Malaysia, bangsa Melayulah yang selayaknya memegang dominasi dan hala tuju negara. Namun, ia bakal dirungkai jika ICERD diratifikasi dan diterima pakai,” katanya.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, Kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.
“Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Komitmen ini bukan sahaja diberi oleh saya tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mujahid Rawa. Ia diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,” katanya.
Comments
Post a Comment