Belanjawan2019 : Bayaran khas penjawat awam Gred 54 ke bawah & pesara

Penjawat awam akhirnya menarik nafas lega apabila teka-teki mengenai bayaran khas yang lazimnya dibayar pada setiap awal tahun turut diberikan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan pada tahun ini.

Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada dedikasi semua penjawat awam semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka selama ini.

Comments