Tengku Abdullah dilantik Sultan Pahang baru

PETALING JAYA: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah dilantik sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan Sultan Ahmad Shah.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman dipetik Bernama sebagai berkata, istiadat pertabalan Sultan Pahang yang baru akan diadakan Selasa depan.
Tengku Abdul Rahman meminta rakyat mendoakan Sultan Ahmad Shah yang kini dalam keadaan gering.

Tengku Abdullah dilantik sebagai pemangku Raja Pahang selepas mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah yang diisytiharkan dalam surat rasmi kerajaan negeri bertarikh 28 Disember 2016.

Comments