Tetaplah Berdiri Di Pintu Harapan

OLEH NATIRAH AZIRA  •  24 DEC 2018

Seandainya manusia tahu betapa besar ganjaran yang tersimpan di sebalik kesusahan yang dihadapi, maka pasti manusia akan lebih bersabar menghadapi kesusahan. Kerana sebenarnya tersimpan rahsia yang lebih besar yang ingin Allah beri kepada kita.


Sifat redha itu adalah sifat orang yang kembali kepada Allah. Mereka tahu bahawa Allah lah Yang Maha Mengetahui setiap perkara yang tersembunyi. Tuhan yang pernah menjaga dan memelihara para Nabi dan Rasul, itulah Tuhan yang sama menjaga kita saat ini. Allah Yang Maha Besar.


Maka tetaplah berdiri di pintu harapan, tempat kita sentiasa menghadapkan wajah kepada Allah SWT.

Comments