Oleh Farizan Zainal
Seperti diketahui isu halal melibatkan minuman bubble tea bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan oleh orang ramai. Namun, rupanya masih banyak kedai minuman bubble tea yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.
Perkara itu turut diakui oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali dimana kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu tidak mempunyai logo halal.
“Pengguna kebanyakannya terpengaruh dengan persekitaran premis bersih, malah ada menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata pembeli.
“Mereka tidak selidik terlebih dahulu sama ada premis berkenaan mempunyai sijil halal atau sebaliknya,” katanya.
Dalam pada itu, setakat ini hanya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menunjukkan keprihatinan untuk berjumpa pemilik dan pengusaha premis menjual minuman itu berhubung hal berkenaan.
Seperti diketahui, Subang Jaya merupakan lokasi dimana terdapat banyak premis menjual minuman bubble tea.
Menurut Bahagian Pengurusan Halal JAIS, sekatat ini antara minuman bubble tea yang mempunyai sijil halal adalah Tealive, CoolBlog dan Chatime sahaja.
Comments
Post a Comment