Sukan Pembangunan Peringkat Miri, Sarawak










Assalamualaikum sahabat semua. Lama rasanya tak menulis ni. Minggu ni adalah minggu yang paling sibuk. Dengan persiapan kertas peperiksaan dan juga majlis sukan.

Semalam berlansung pertandingan olahraga peringkat Miri untuk pelajar-pelajar sekolah yang berumur 13 tahun. Pertandingan ini sebagai pemilihan untuk mewakili Miri yang akan berlansung di Kapit hujung bulan nanti.

Saya ni pihak sekolah lantik sebagai jurulatih dan juga pengurus kat pelajar ni semasa di padang stadium. Tak tau la macam mana boleh ambil saya padahal sikit pun takda pengalaman. Dulu tahu lontar peluru je la. Setiap kali main, alhamdulilah dapat.

Tahniah dan syabas buat atlet yang berjaya. Kat sekolah pun ada 3 orang yang dapat no. Tapi tak tahu la kan dapat ke peringkat seterusnya ke tak.

Insya allah, hari ni nak berehat secukupnya. Minggu depan ada induksi pula selama 3 hari. Semoga Allah tentukan segalanya yang terbaik untuk saya dan keluarga. Kepada Allah saya berserah.

Comments

Unknown said...

assalamualaikum..tuan..sy mohon izin tuan untuk dptkan gmbar2 ini utk cover buku program MSSR Miri 2016 ya..

namumora_89@yahoo.com