Semoga Ustazah Zaleha Terus Maju Jaya Di Sekolah Baru


Assalamualaikum.
Semalam diadakan satu jamuan perpisahan untuk Ustazah Zaleha yang akan berpindah ke sekolah baru iaitu di selangor. Majlis dalam suasana yang ceria tetapi emosi yang masih terkawal.
Ustazah sudah 5 tahun berkhidmat di sekolah ni dan semestinya sudah banyak jasa dan pengorbanan yang telah beliau lakukan untuk sekolah dan pelajar-pelajar islam kat sini.
Program-program yang kerap diatur samada secara rasmi dan tidak rasmi dapat dikenang sepanjang masa.
Saya dan guru-guru lain mengucapkan selamat maju jaya buat ustazah. Semoga perpidahan ini mengambil semangat hijrah nabi muhammad di zalam dulu.
Semoga allah merahmati dan sentiasa melindungi ustazah dan rakan-rakan guru lain tak kira di mana jua kita berada. Allahuakhbar!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments