Herman Bidan Terjun Jadi 'Ustaz'?



Selepas ustazah zaleha berpindah, jadi ada kekosongan untuk mata pelajaran pendidikan islam.

Untuk pengetahuan, pelajar islam kat sekolah ni tidak ramai. Mereka hanya dalam 100 je daripada 1000 orang pelajar.

Semalam saya dipanggil oleh pihak sekolah, pengetua dan pk1 ada tanya samada boleh ajar subjek tersebut.

Saya ni kalau dikira kelulusan agama dekat universiti memang tiada. Kat u saya ambil kos komputer dan sain sukan.

Selepas perbincangan, saya setuju untuk ambil alih pelajar tingkatan 2. Saya terima dengan terbuka cabaran ini. Kalau diikutkan, saya memang tidak layak.

Saya akan cuba untuk buat yang terbaik, insya allah. Saya minta teguran dan kerjasama untuk menjayakannya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments