Majlis Makan Malam Akhir Tahun Sekolah

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis makan malam sekolah untuk tahun ini.

Terima kasih buat sahabat yang banyak tolong dan spotting dalam persembahan. Jangan la diukur sedap ke tak sedap persembahan tu. Kita kan sekadar nak berhibur.

Ada yang sepatutnya perlu dan juga tak perlu ada dalam acara ni. Lagi pun ini makan malam bukannya mesyuarat.

Malam ni juga dapat tahu yang tiga orang sahabat dapat berpindah ke semenanjung. Alhamdulillah dan tahniah la. Semuanya sudah berkeluarga. Itu rezeki sahabat untuk tahun ni kan.

Menu makan malam untuk tadi boleh dikira sedap juga la. Kesian tengok sahabat live band, nak makan pun terkejar-kejar. Apa-apa pun show yang korang buat memang terbaik. Saya hanya tukang baca doa je, yang lain saya tak reti.

Ok la, mata sudah letih tetapi kepala masih memikirkan isteri dan keluarga. Beginilah cabaran dok jauh. Tapi ada juga mereka yang tak faham akan masalah kita. Bercakap memang senang, tapi perlu la pandai dan cermat kata-kata tu.

Semoga allah membuka hati kita semua.

Selamat malam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments