2 Kesilapan Urus Wang

July 15, 2014
https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t1.0-9/q82/s720x720/10360611_671010436316553_927093128487130156_n.jpg

Warren Buffett menyebut 2 kesilapan yang dapat berlaku dalam menguruskan wang.

1) Tidak memulakan tabiat menyimpan seawal mungkin

Menyimpan adalah habit.

Habit menyimpan perlu bermula sejak kecil. Mula menyimpan 10 sen dari RM 1 duit belanja sekolah yang emak bagi adalah lebih mudah dari baru mula nak belajar menyimpan RM 100 dari gaji RM 1,000.

2) Nak cepat kaya

Ramai yang tidak suka mempunyai RM 1 juta, 30 tahun lagi. Walaupun lambat, tapi pasti dapat dan caranya lebih mudah.

Jika kita memulakannya pada usia 23 tahun, kita sudah dapat jadi jutawan pada usia 53 tahun, tidak termasuk simpanan KWSP. Berapa ramai pesara yang ada RM 1 juta dalam akaun mereka ?

Manakala, lebih ramai yang mahu RM 1 juta dalam akaun bank mereka, sejak semalam.

Ini menyebabkan ramai tertarik dengan peluang-peluang yang dikatakan dapat memberikan pulangan dan keuntungan segera seperti berjudi. cabutan bertuah, day trading, derivatif, dan juga money game melalui pelbagai cara.
.
Menjelang waktu Dhuha pada pagi 17 Ramadhan ini, mari kita renung dan catat semula perkara-perkara berikut:

1. Berapakah yang kita dapat simpan setiap bulan ? Apa strategi kita dalam membuat simpanan bulanan ?

2. Berapa banyak 'peluang' cepat kaya dari semalam yang kita dah masuk ? Sudahkah kita catat untung rugi kerana memasuki 'peluang-peluang' tersebut ?
.

Comments