Demo Solat Terawih Masjid Mana?

July 05, 2014


Menu petang ni. Gambar sekadar hiasan :). Mat yang masak semuanya. Kerja ambo blend air kelapa.

Assalamualaikum.

Menjadi perangai orang kita apabila ada sesuatu yang tidak disukai, kita akan pakat kondem antara satu sama lain.

Sedikit kecewa apabila ada yang berkaitan dengan agama dan hal masyarakat setempat.

Terpulang kepada sesiapa la mereka nak solat kat mana. Ada yang nak buat 8 rakaat dan ada yang nak buat 20 rakaat. Sekali lagi ambo cakap, terpulang kepada individu masing-masing la.

Jangan kita kondem dan perli bacaan sana tak semerdu, bacaan sini merdu dan jelas. Masjid sana tak sedap masjid sini sedap. Tegur lain dan perli lain bunyi ayatnya.

Tempat orang dengan tempat kita banyak bezanya bro.

Bro, kemon la. Asalkan dia berusaha untuk lakukan solat terawih pun dah kira syukur. Memang benar banyak kelemahan. Semoga teguran yang telah kita cakap, pihak masjid ambil berat.

Jangan la terlampau sangat hingga tak mahu bagi orang lain jadi imam juga, terutama imam yang dah veteran.

Rasanya tak salah bagi peluang kepada ustaz-ustaz muda mencuba kan. Sekarang ni ramai anak muda yang belajar agama sampai ke peringakat tinggi. Mungkin bacaan dan alunan al quran mereka lebih baik.

Semoga agama islam terus berkembang di bumi yang mana allah tentukan tempat kita mencari rezeki ni.

Banyak cabaran dan dugaan.

Comments