Resepi roti jala mudah, sesuai di makan bersama kari ayam atau ikan. Makanan tradisi melayu sering menjadi juadah berbukak puasa di bulan Ramadhan
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:Penyediaan: 15 minit | Memasak: 30 minit |Keseluruhan: 45 minitJumlah Hidangan : 15
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
6 sudu mentega cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air . elakkan dari adunan menjadi berketul samada menggunkan blend atau menapis terlebih dahulu
Panaskan kuali leper, disarankan menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak
Kiraikan di atas kuali leper.
Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan seperti di dalam gambar
Comments
Post a Comment