Penangan Tengok Nasi Arab Kat Majalah 3 Tadi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC7i-ciG-C7nVZMwkv6LDSCX6Qvd_s91oZW5ZBknm33cgKXsoV2rdb7ZVJ4B9Bqn75PjfC6hSlI83idbvIylA1VuiFpifQw6Oy0u_wDsmgals-n8_nlHORr-bpnOTiAdDCLbXEbXqQ51k8/s1600/NasiArab1.jpg

Salam to all.

Saya baru je lepas balik dari majlis Maulid Nabi kat rumah sedara belah ayah tadi. Hai diet-diet pun terbabas jugak kan, tak kan la tak makan. kata kat orang pulak. hahaha.. Alasan kukuh beb.

Lepas balik tadi terus buka tv, tengok-tengok ada segmen berkaitan nasi arab kat Majalah 3. Argg... saya dah lama mengidam. Kat Kota Bharu ni ada banyak jugak dah kedai-kedai yang buat masakan arab ni. Tapi saya tak pernah masuk lagi la kan. Tambah pulak nak makan benda ni ada budget kena besar kan hehe.

Saya nak plan nak ajak kawan-kawan At47 yang ada kat kelantan ni pegi makan nasi arab kat Lundang. Tak tau la geng ni minat ke tak makan benda ni. Kalau nak makan nasi ulam budu cikgu tu pantang ajak la kan.

Oleh sebab nak memuaskan hati malam ni yang tengah lara dan kuciwa hehe.. saya nak titipkan satu menu berkaitan nasi arab ni. Kita pakat-pakat buat la. Kalau tak jadi jangan marah kat sayo pulok tau.

Ok cuba tengok kat bawah ni.

Bahan

  • 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
  • 1.5 liter air 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 1 cawan kismis
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
  • 1 pokok daun ketumbar ]
  • 3 s/b minyak
  • 5 s/b minyak sapi
  • 2 s/b serbuk jintan manis ]
  • 1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
  • bawang goreng
  • gula
  • garam
  • Bahan
  • tumis 5 ulas bawang merah ]
  • 3 ulas bawang putih ] mayang
  • 1 labu bawang besar ]
  • 3 cm halia ]
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 s/k jintan manis
  • 1 s/k jintan putih

Cara

1. Panaskan minyak sapi dan minyak.
2. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air.
4. Kacau rata. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam.
5. Biarkan mendideh.
6. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
7. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis.
8. Tutup sebentar.
9. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

Sumber
Ok la kawan, nak dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus pulak, sambil-sambil nak pejam mata. Terasa tenang bila dengar ceramah Ustaz ni. Sapa yang belum Like lagi Facebook Ustaz, korang boelh jenguk-jenguk dan pakat Like la erk. Ni dia link yang saya nak kongsi

http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Ingat, sebelum tidur kita mesti memaafkan semua orang di sekeliling. Tu petua dari Dr Fazilah Kamsah dalam cd motivasinya.

Salam kawan.

Comments