salam for all freinds
cewah mat salleh speking tau hahaha.. biasa la, sekarang dok study pasal nak interview selasa depan. adoi berdebar-debar pulak rasanya tau. semalam dapat jumpa kawan-kawan kelas sambil bincang pasal interview, banyak lagi yang tak tau. isu semasa, isu pelajar, masalah pendidikan dan sebagainya. aiyo manyak mau kena baca ma hahaha..
berbalik kepada perayaan gong xi fa chai, saya buat entri ni kiranya dah lepas la kan. dengar mercun punya la kuat. mereka tak main la mencun bola, ketupat, botol dan sebagainya. tapi mereka main mercun yang jenis panjang punya. kiranya meletup tak henti-henti la kan. tu yang bunyi panjang punya.
ni ucapan dah lepas satu hari dah pun kan, tapi tak pe la. at least saya tak lupa kawan-kawan. kat kampung ni bukan main meriah lagi, pung pang bunyi mercun mereka halau hantu. sebenarnya saya tak ramai kawan yang berbangsa cina dan beragama budhha ni. masa kat politeknik seberang perai dulu pun 2 orang jer, ah seng dengan wani.
lepas tu datang kat upsi pulak, sorang jer girl bangsa cina iaitu ai ving yang berasal dari kelantan jugak. tapi saya syukur la semua kawan-kawan yang pernah saya kenal ni semua peramah dan baik hati. ah seng banyak tolong masa belajar kat poli dulu samada masalah pelajaran atau pun peribadi.
ok la, buat ah seng, wani dan ai ving. selamat tahun baru cina ma. gong xi fa chai. semoga lu olang murah rezeki dan hidup dalam keadaan baik-baik saja.
salam semua.
Comments
Post a Comment