Sebelum Saya Tidur

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiei2PI5xkFper8aaziEb_HsRLEbEqPRXBtwlKFMmqDcO9Sn5GKWtqFU5UDd2NYglKNx3UGn-WaBS3q4O5C-b1MAX0mbsMhA2PUDJ20IWtUCQtcG90OYR2kLTpsppFjxtsqAfMFSvfUmBY/s1600/jay-tidur.jpg

Salam to all. Salam Maulid Nabi. Tempat korang takda ke majlis maulid? mesti kerja makan je kan. Semalam saya sempat berurut, rasa sakit pinggang ni selepas main futsal malam selasa lepas.

Malam ni saya terfikir la bab apa yang kita lakukan sebelum tidur tiap-tiap malam.

Apa yang anda buat sebelum anda tidur tiap-tipap malam?

Saya ni jenis yang kadang-kadang mudah tidur dan kadang-kadang susah jugak untuk pejamkan mata ni. Tapi satu yang saya tak pernah nak lupakan sebelum tidur, saya akan berfikir akan apa yang saya dah lakukan hari ni. Selepas tu rancang pulak apa yang akan di buat untuk keesokan harinya.

Korang terus pejam matakan ker?

Ramai dari kita tidak menghargai waktu sebelum kita lelapkan mata. Tambah pulak kalau seseorang tu ditimpa masalah kan. Tak kira la besar ke kecik, asal benda masalah mesti kita akan ambik berat kan. Tambah pula kalau masalah tu berkaitan dengan perangcangan atau strategi masa depan kan. Saya rasa korang mesti sama juga kan.

Ambik la waktu untuk kita sama-sama muhasabah akan diri kita kan. Apa yang telah kita lakukan dan apa penambah baikan yang perlu dilakukan.

Doa tu perkara wajib kan, jangan korang lupa pula hehehe.....

Comments